hari itu kisah nya 8 anak , kembar seperut… terbaru…
berita hari ini!!!!
Wanita Tunisia bakal lahir 12 anak
![]() |
|
NADYA pernah melahirkan lapan anak pada Januari lalu.
|
GAFSA – Seorang wanita Tunisia bakal memecah rekod dunia kehamilan apabila beberapa doktor menyatakan dia akan melahirkan 12 orang bayi pada bulan ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita itu yang merupakan seorang guru bahasa Arab pernah keguguran sebanyak dua kali sejak berkahwin pada 2007 dengan seorang rakan sekerjanya di sini.
Namun, kali ini bakal ibu itu menyatakan kandungannya berada dalam keadaan baik dan dia tidak sabar menimang enam bayi lelaki dan enam bayi wanita.
Keluarga tersebut memberitahu, mereka gembira dengan kehamilan berganda itu dan menganggapnya sebagai satu anugerah ajaib.
“Pada mulanya, kami menyangka isteri saya akan melahirkan anak kembar tetapi kami semakin gembira apabila satu demi satu janin baru ditemui,” kata suami wanita itu, Marwan.
“Pasukan perubatan memberitahu bahawa isteri saya akan bersalin tanpa pembedahan,” tambahnya.
Satu pasukan perubatan bertindak mengawasi kesihatan wanita tersebut.
Sebuah akhbar tempatan melaporkan kerajaan Tunisia menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepada ibu dan keluarganya istimewa itu.
Sebelum ini seorang wanita di Amerika Syarikat (AS), Nadya Suleman melahirkan lapan bayi di sebuah hospital di California pada Januari lalu. – Agensi
p/s: kenapa nk anak bebanyk…x ke efek back to that child! mama dia lagilah! hurm
p/s: quality vs quantity

Posted by KaReT on 19/08/2009 at 10:27 am
anis…
aku curi ltk kat blog aku tau….
Posted by senyumselalu on 19/08/2009 at 11:47 am
tau udha tgk yuk